Terma dan Syarat Spotify® Premium untuk Pasangan

SILA BACA TERMA INI DENGAN TELITI DAN SEPENUHNYA. TERMA INI MENGANDUNGI SYARAT DAN SEKATAN PENTING BERKENAAN KETERSEDIAAN LANGGANAN SPOTIFY PREMIUM UNTUK PASANGAN.

Mula berkuat kuasa pada 2020-07-01

1. Pengenalan

Langganan Spotify Premium untuk Pasangan ("Langganan Premium untuk Pasangan") disediakan oleh Spotify, tertakluk pada terma dan syarat ini ("Terma Langganan Premium untuk Pasangan") dan mematuhi [Terma dan Syarat Penggunaan Spotify]

(https://www.spotify.com/legal/end-user-agreement), yang disertakan di sini sebagai rujukan. Istilah berhuruf besar yang digunakan tetapi tidak ditakrifkan di sini akan diberikan maksud yang sama seperti dalam Terma dan Syarat Penggunaan Spotify.

Langganan Premium untuk Pasangan membolehkan pemegang akaun utama dan satu (1) pemegang akaun subsidiari dalam keluarga mengakses perkhidmatan Spotify Premium untuk Pasangan, yang merupakan Langganan Berbayar, dari saat anda mengaktifkan akaun utama dengan menyerahkan butiran pembayaran anda dan membayar harga yang diiklankan. Dengan menyerahkan butiran pembayaran anda, anda (i) mengizinkan kami menggunakan butiran pembayaran anda mengikut Dasar Privasi kami dan (ii) mengakui serta bersetuju untuk menerima Terma Langganan Premium untuk Pasangan.

2. Kelayakan dan Pengesahan

A. Untuk melayakkan diri bagi Langganan Premium untuk Pasangan, pemegang akaun utama dan pemegang akaun subsidiari dalam keluarga mestilah menetap di alamat yang sama.

B. Selepas mengaktifkan mana-mana akaun Langganan Premium untuk Pasangan, anda akan diminta untuk mengesahkan alamat rumah anda.

C. Kami mungkin akan meminta anda mengesahkan alamat rumah anda sekali lagi dari masa ke masa untuk mengesahkan bahawa anda masih menepati kriteria kelayakan.

Kami menggunakan carian alamat Google Maps untuk membantu anda mencari dan menetapkan alamat anda. Alamat yang anda masukkan selepas pengaktifan atau pengesahan semula tertakluk pada Terma Perkhidmatan Tambahan Google Maps dan Dasar Privasi Google.

Spotify berhak menamatkan atau menggantung akses kepada perkhidmatan Spotify Premium untuk Pasangan dengan serta-merta dan pada bila-bila masa sekiranya anda gagal menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan dalam Terma dan Syarat Penggunaan Spotify.

3. Pembatalan

Anda boleh membatalkan Langganan Premium untuk Pasangan pada bila-bila masa dengan log masuk ke akaun Spotify anda dan mengikut gesaan pada halaman Akaun atau dengan mengklik di sini dan mengikut arahan yang diberikan. Jika pemegang akaun utama membatalkan Langganan Premium untuk Pasangan, akaun utama dan subsidiari akan diturun taraf secara automatik kepada Perkhidmatan Percuma Spotify.

4. Ketersediaan Langganan Premium untuk Pasangan

Spotify berhak menamatkan, mengubah suai atau menggantung Langganan Premium untuk Pasangan dengan sepenuhnya atau sebahagiannya pada bila-bila masa atas apa-apa jua sebab. Selepas itu, Spotify tidak dikehendaki untuk menyelenggarakan atau membenarkan langganan lain bagi Langganan Premium untuk Pasangan.

5. Sekatan Lain

A. Kad hadiah Spotify dan kad prabayar gelung tutup tidak boleh digunakan sebagai kaedah pembayaran yang sah untuk Langganan Premium untuk Pasangan.

B. Diskaun lain tidak boleh digunakan.

C. Bayaran balik atau kredit tidak akan diberikan untuk langganan separa bulan.

D. Spotify akan memaklumkan perubahan harga kepada anda dan anda boleh menerima atau menolak perubahan harga tersebut, mengikut Terma dan Syarat Penggunaan Spotify.

E. Nota; Jika anda pemegang akaun Premium, dengan menyertai pelan Langganan Premium untuk Pasangan, anda mengakui dan bersetuju bahawa bayaran balik tidak akan diberikan jika anda menukar pelan Premium sedia ada anda sebelum tempoh langganan berbayar anda tamat. Selepas penyertaan, akaun anda akan beralih kepada Langganan Premium untuk Pasangan dengan serta-merta dan akses anda kepada perkhidmatan Premium Spotify tidak akan terganggu. Akan tetapi, tempoh Premium berbayar yang tidak digunakan, termasuk baki hari Percubaan percuma dalam pelan Premium sedia ada anda akan dibatalkan.

Contracting entity:

Spotify AB

Regeringsgatan 19, SE-111 53 Stockholm

Sweden

SE556703748501