TERMA DAN SYARAT LANGGANAN BERBAYAR SPOTIFY
Helo, selamat datang ke terma dan syarat untuk Langganan Berbayar Spotify ("Terma Langganan Berbayar" atau "Terma"). Terma Langganan Berbayar ini adalah penting kerana perkara ini:
- menerangkan jenis Langganan Berbayar yang tersedia; dan
- menjelaskan cara Langganan Berbayar dilaksanakan dan syarat yang memberi anda kelayakan untuk terma tersebut dan penggunaannya.
SILA BACA TERMA INI DENGAN TELITI DAN SEPENUHNYA. TERMA INI MENGANDUNGI SYARAT DAN HAD TERTENTU TENTANG KETERSEDIAAN DAN PENGGUNAAN LANGGANAN BERBAYAR, CIRI TAMBAHAN YANG BERKAITAN, KELAYAKAN PERCUBAAN DAN MAKLUMAT TENTANG PERKARA YANG BERLAKU SELEPAS LANGGANAN BERBAYAR, CIRI PERCUBAAN ATAU TAMBAHAN ANDA TAMAT. LANGGANAN BERBAYAR TERTENTU DITERUSKAN TANPA HAD MASA DAN ANDA AKAN TERUS DIKENAKAN CAJ BAGI BAYARAN LANGGANAN BERULANG SEPERTI YANG DIIKLANKAN DAN MENGIKUT PINDAAN DARI SEMASA KE SEMASA, SEHINGGA ANDA MEMBATALKAN AKAUN ANDA. |
---|
-
Pengenalan
-
Langganan Berbayar
-
Bayaran dan pembatalan
-
Percubaan percuma dan berdiskaun
-
Ciri tambahan
Kami harap anda sedang bersantai dengan selesa sambil mendengar muzik hebat.
Mari kita mulakan...
1. Pengenalan
Langganan Berbayar, seperti yang ditakrifkan dalam Terma dan Syarat Penggunaan Spotify ("Terma Penggunaan"), disediakan oleh Spotify tertakluk pada Terma Penggunaan, yang disertakan di sini sebagai rujukan, termasuk Perjanjian Penimbangtaraan.
Dengan membeli Langganan Berbayar, anda mengakui dan bersetuju dengan Terma Langganan Berbayar ini, termasuk Terma Penggunaan dan Garis Panduan Pengguna. Istilah berhuruf besar yang digunakan tetapi tidak ditakrifkan di sini akan diberi maksud yang sama seperti dalam Terma Penggunaan. Jika anda membeli Langganan Berbayar secara terus melalui Spotify, kami akan menggunakan butiran pembayaran anda dan maklumat lain mengikut Dasar Privasi kami. Jika anda membeli Langganan Berbayar atau memulakan Percubaan (seperti yang ditakrifkan di bawah) melalui pihak ketiga, anda akan membuat transaksi secara terus dengan pihak ketiga tersebut dan pembelian dan/atau Percubaan anda juga akan tertakluk pada terma dan syarat pihak ketiga tersebut. Jika anda membeli Langganan Berbayar menggunakan kad hadiah, sila lihat Terma dan Syarat Kad Hadiah.
Terma Langganan Berbayar ini, Terma Penggunaan dan Dasar Privasi serta mana-mana terma lain yang dirujuk dalam dokumen ini perlu dibaca dengan teliti. Jika terdapat percanggahan dalam Terma ini dengan Terma Penggunaan atau Dasar Privasi, Terma ini akan diutamakan setakat bahagian yang bercanggah tersebut.
2. Langganan Berbayar
Anda boleh mendapatkan perihalan tentang setiap Langganan Berbayar dan ciri pada laman web kami dan kami akan menerangkan pilihan yang tersedia untuk anda apabila anda mencipta akaun Spotify. Tertakluk pada Terma Langganan Berbayar ini, pengguna yang membeli Langganan Berbayar boleh mengakses Langganan Berbayar bagi penggunaan peribadi mereka sendiri (dan bagi ahli isi rumah mereka, jika berkenaan) dari saat mereka menghantar butiran pembayaran mereka kepada Spotify atau pihak ketiga yang berkenaan dan melengkapkan proses daftar keluar.
Langganan Berbayar termasuk, antara lain, langganan bawah jenama Spotify Premium ("Premium"), seperti Spotify Premium untuk Individu ("Premium untuk Individu"), Spotify Premium untuk Pelajar ("Premium untuk Pelajar"), Spotify Premium untuk Keluarga ("Premium untuk Keluarga"), Spotify Premium untuk Pasangan ("Premium untuk Pasangan") dan mana-mana tawaran Premium lain yang disediakan dari semasa ke semasa (setiap satunya "Pelan Premium").
Dari semasa ke semasa, kami mungkin juga menawarkan pelan promosi, kandungan atau keahlian, termasuk tawaran produk dan perkhidmatan pihak ketiga bersama dengan atau melalui Perkhidmatan Spotify. Kami tidak bertanggungjawab atas produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga tersebut.
Kami berhak mengubah suai ciri dan kandungan yang kami sediakan sebagai sebahagian daripada Langganan Berbayar kami dari semasa ke semasa dan atas apa-apa jua sebab.
Kami boleh menarik balik atau menggantung Langganan Berbayar, secara keseluruhan atau sebahagian, pada bila-bila masa dan atas apa-apa jua sebab. Selepas itu, Spotify tidak dikehendaki untuk mengekalkan atau membenarkan sebarang akses lain kepada Langganan Berbayar sedemikian.
2.1. Langganan Berbayar Pengguna Tunggal
"Langganan Berbayar Pengguna Tunggal", seperti Premium untuk Individu, melayakkan pemegang akaun berbayar untuk mengakses Langganan Berbayar sedemikian untuk penggunaan peribadi mereka.
2.2. Langganan Berbayar Isi Rumah
"Langganan Berbayar Isi Rumah", seperti Premium untuk Pasangan dan Premium untuk Keluarga, melayakkan pemegang akaun berbayar bagi Langganan Berbayar ("Pemegang Akaun Utama" atau kadangkala dirujuk sebagai "Pengurus Pelan"), bersama-sama dengan bilangan pemegang akaun subsidiari yang dinyatakan (setiap satunya "Pemegang Subakaun" atau kadangkala dirujuk sebagai "Ahli Pelan") untuk mengakses Langganan Berbayar tersebut, untuk penggunaan peribadi dan setiap pemegang Subakaun. Kami boleh, mengikut budi bicara kami, menyediakan ciri yang tidak tersedia kepada Pemegang Akaun Utama, kepada Pemegang Subakaun.
Sebagai sebahagian daripada langganan keluarga, Spotify mungkin menawarkan akaun aplikasi Kids. Dengan mencipta akaun subsidiari Kids, Pemegang Akaun Utama mengesahkan bahawa mereka merupakan penjaga sah kanak-kanak yang menggunakan akaun tersebut. Sila baca Dasar Privasi Spotify Kids, yang terpakai untuk akaun ini. Pilihan akaun ini hanya ditawarkan sebagai sebahagian daripada langganan keluarga dan akan dikira sebagai salah satu Pemegang Subakaun yang dibenarkan.
Jika Pemegang Akaun Utama membatalkan Langganan Berbayar Isi Rumah atau jika akaun digantung atau ditamatkan, Pemegang Akaun Utama dan Pemegang Subakaun akan diturun taraf secara automatik kepada pelan percuma Spotify pada penghujung tempoh pengebilan semasa (atau seperti yang dibenarkan mengikut fasal 2.2.1(C) dan mana-mana akaun Kids akan digantung atau dipadamkan.
2.2.1 Syarat tambahan untuk Langganan Berbayar Isi Rumah
A. Untuk melayakkan diri bagi Langganan Berbayar Isi Rumah, Pemegang Akaun Utama dan Pemegang Subakaun mestilah merupakan ahli keluarga yang menetap di alamat yang sama. Ahli Langganan Berbayar Isi Rumah boleh membatalkan pelan sedia ada mereka dan menyertai Langganan Berbayar Isi Rumah yang lain maksimum sebanyak sekali dalam setiap tempoh dua belas bulan.
B. Selepas mengaktifkan akaun Langganan Berbayar Isi Rumah (kecuali mana-mana akaun Kids), anda akan diminta untuk mengesahkan alamat rumah anda.
C. Spotify berhak menamatkan atau menggantung akses kepada perkhidmatan Langganan Berbayar Isi Rumah dengan serta-merta dan pada bila-bila masa sekiranya anda gagal memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan di sini dan dalam Terma Penggunaan.
D. Kad hadiah Spotify dan kad prabayar gelung tertutup (iaitu, bukan kad kredit atau kad bank) tidak boleh digunakan sebagai kaedah pembayaran yang sah untuk Langganan Berbayar Isi Rumah.
E. Diskaun lain tidak boleh digunakan, kecuali jika diiklankan sebaliknya.
F. Kami mungkin akan meminta anda mengesahkan alamat rumah anda sekali lagi dari semasa ke semasa untuk mengesahkan bahawa anda masih memenuhi kriteria kelayakan.
G. Kami menggunakan carian alamat Google Maps untuk membantu anda mencari dan menetapkan alamat anda. Alamat yang anda masukkan selepas pengaktifan atau pengesahan semula tertakluk pada Terma Perkhidmatan Tambahan Google Maps dan Dasar Privasi Google.
H. Nota; Jika anda pemegang akaun Langganan Berbayar Pengguna Tunggal, dengan menyertai Langganan Berbayar Isi Rumah sebagai Pemegang Subakaun, anda mengakui dan bersetuju bahawa bayaran balik tidak akan diberikan jika anda menukar Langganan Berbayar sedia ada anda sebelum tempoh Langganan Berbayar anda tamat. Selepas penyertaan, akaun anda akan ditukar kepada Langganan Berbayar Isi Rumah yang dipilih dengan serta-merta dan akses anda tidak akan terganggu tetapi tempoh berbayar yang tidak digunakan, termasuk baki hari Percubaan percuma atau berdiskaun, dalam Langganan Berbayar sedia ada anda akan dibatalkan.
2.3 Langganan Berbayar Pengguna Pelajar
"Langganan Berbayar Pengguna Pelajar", seperti Premium untuk Pelajar, melayakkan pemegang akaun berbayar untuk mengakses Langganan Berbayar sedemikian untuk penggunaan peribadi mereka.
2.3.1 Syarat tambahan untuk Langganan Berbayar Pengguna Pelajar
A. Penggunaan Langganan Berbayar Pengguna Pelajar hanya terbuka kepada pelajar di institusi pendidikan peringkat universiti diiktiraf yang memenuhi kelayakan tambahan yang diterangkan di bawah ("Pelajar yang Layak").
B. Untuk mengaktifkan Langganan Berbayar Pengguna Pelajar, anda akan diminta untuk menyerahkan maklumat tertentu yang mencukupi untuk kami mengesahkan bahawa anda merupakan Pelajar yang Layak. Perkara ini termasuk nama anda, institusi pendidikan yang sah, alamat e-mel, tarikh lahir dan/atau dokumen lain ("Maklumat Kelayakan"), serta butiran pembayaran anda.
C. Kami akan menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk membantu kami mengesahkan Maklumat Kelayakan anda ("Pengesah Status Pelajar"). Pada masa ini, Pengesah Status Pelajar ialah SheerID, Inc. ("SheerID"). Pengesah Status Pelajar akan memproses Maklumat Kelayakan anda, mengikut dasar privasi mereka (dasar privasi SheerID boleh didapati di sini) dan mengesahkan status pelajar anda kepada kami. Spotify juga mungkin menerima Maklumat Kelayakan anda dan berkongsi maklumat tersebut dengan Pengesah Status Pelajar. Kami berhak untuk menentukan sama ada anda merupakan Pelajar yang Layak berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Pengesah Status Pelajar kami. Spotify akan mengumpulkan, menyimpan dan memproses nama anda, nama institusi pendidikan, alamat e-mel dan tarikh lahir anda mengikut Dasar Privasi kami.
D. Jika anda pengguna Spotify Percuma atau pengguna baharu, Tempoh Berdiskaun (seperti yang ditakrifkan di bawah) akan bermula selepas anda mengaktifkan akses kepada Langganan Berbayar Pengguna Pelajar. Jika anda telah melanggan Langganan Berbayar lain, Bulan Berdiskaun pertama (juga seperti yang ditakrifkan di bawah) akan bermula selepas tamat tempoh Langganan Berbayar yang telah anda bayar apabila anda melengkapkan pengesahan anda sebagai Pelajar yang Layak dan proses pengaktifan. Anda hanya boleh melanggan Langganan Berbayar Pengguna Pelajar di bawah satu akaun Spotify.
E. Kad hadiah Spotify dan kad prabayar gelung tertutup tidak boleh digunakan sebagai kaedah pembayaran sah untuk Langganan Berbayar Pengguna Pelajar dan diskaun lain tidak boleh digunakan, melainkan jika diiklankan sebaliknya.
2.3.2 Tempoh, Pembatalan dan Pembayaran Langganan Berbayar Pengguna Pelajar
A. Jika Langganan Berbayar Pengguna Pelajar disediakan pada harga diskaun (berbanding dengan harga bulanan semasa bagi Langganan Berbayar Pengguna Tunggal), Pelajar yang Layak boleh menerima manfaat diskaun tersebut setiap bulan (setiap satunya "Bulan Berdiskaun"), hingga tempoh dua belas (12) bulan berturut-turut ("Tempoh Diskaun") selepas langganan mula-mula diaktifkan.
B. Jika anda membatalkan Langganan Berbayar Pengguna Pelajar pada bila-bila masa semasa Tempoh Diskaun, anda boleh mengaktifkan semula langganan anda semasa Tempoh Diskaun yang sama dengan membeli akses kepada Langganan Berbayar Pengguna Pelajar sekali lagi. Walau bagaimanapun, selepas pengaktifan semula, anda hanya akan menerima baki Bulan Berdiskaun dalam Tempoh Diskaun tersebut sejajar dengan tawaran yang akan anda terima, sekiranya anda tidak membatalkan langganan anda. Tempoh Diskaun semasa akan sentiasa berakhir dua belas (12) bulan berturut-turut selepas anda mula-mula melanggan dan mengesahkan status Pelajar yang Layak bagi Tempoh Diskaun itu. Tempoh Diskaun tidak boleh dilanjutkan atas apa-apa jua sebab. Contohnya, jika langganan anda bermula pada awal bulan Januari, anda akan mengaktifkan Tempoh Diskaun selama dua belas (12) bulan berturut-turut hingga penghujung bulan Disember. Jika anda membatalkan langganan anda pada bulan Mac tahun tersebut dan mengaktifkannya semula pada bulan Ogos, Tempoh Diskaun akan kekal sama dan akan tetap tamat tempoh pada penghujung bulan Disember tahun yang sama.
C. Selepas Tempoh Diskaun pertama, Pelajar yang Layak berhak mengaktifkan langganan hingga maksimum tiga (3) Tempoh Diskaun tambahan untuk penggunaan mereka sendiri, dengan syarat mereka kekal layak dan menyerahkan semula Maklumat Kelayakan mereka untuk pengesahan semula.
D. Pelajar yang Layak yang telah mencapai had tempoh maksimum bagi Langganan Berbayar Pengguna Pelajar mereka, seperti yang diterangkan di atas atau yang tidak mengaktifkan semula status pelajar mereka, akan ditukarkan secara automatik kepada Langganan Berbayar Pengguna Tunggal yang berkenaan, seperti yang diiklankan dan akan mula dikenakan harga penuh semasa mengikut bulan secara berulang, selepas Tempoh Diskaun pelajar semasa tamat.
E. Pelajar yang Layak yang tidak ingin bertukar kepada Langganan Berbayar Pengguna Tunggal pada penghujung Tempoh Diskaun pelajar, mestilah membatalkan langganan mereka terlebih dahulu dan boleh berbuat demikian pada bila-bila masa sebelum Tempoh Diskaun tamat dengan mengikut langkah yang digariskan pada bahagian pembatalan Terma Langganan Berbayar ini.
3. Pembayaran; Pembatalan
Melainkan dinyatakan sebaliknya (contohnya, jika anda telah mendaftar untuk Tempoh Prabayar (seperti yang ditakrifkan dalam Terma Penggunaan)), Langganan Berbayar akan diteruskan sehingga dibatalkan secara kekal. Anda akan dikenakan bayaran secara berulang pada hari pertama setiap tempoh pengebilan dan anda akan membayar dan membenarkan kami (atau pihak ketiga yang berkenaan, jika anda mendaftar melalui pihak ketiga) untuk mengenakan yuran langganan semasa pada kaedah pembayaran anda.
Anda boleh membatalkan Langganan Berbayar pada bila-bila masa dengan log masuk ke akaun Spotify anda dan mengikut gesaan pada halaman Akaun atau dengan mengklik di sini dan mengikut arahan yang diberikan. Melainkan dinyatakan sebaliknya, pembatalan akan berkuat kuasa pada penghujung tempoh pengebilan yang anda membuat pembatalan.
4. Percubaan percuma dan berdiskaun
Dari semasa ke semasa, kami atau orang lain bagi pihak kami mungkin menawarkan percubaan Langganan Berbayar bagi tempoh tertentu tanpa bayaran atau pada kadar yang lebih rendah (setiap satunya "Percubaan"). Setiap Percubaan disediakan dengan Langganan Berbayar tertentu dan dalam setiap keadaan, bahagian ini tentang Percubaan ditambahkan dan disertakan dengan merujuk terma dan syarat tambahan untuk Langganan Berbayar yang berkenaan. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan dalam terma dan syarat tambahan untuk Langganan Berbayar, maka seksyen 4 ini akan diutamakan. Setiap Percubaan disediakan tertakluk pada cara iklan ditampilkan dan tertakluk pada peraturan berkaitan dengan kelayakan, ketersediaan dan tempoh serta pembatalan yang ditetapkan di bawah. Melainkan dinyatakan sebaliknya, Percubaan tidak membenarkan atau memberikan akses kepada produk atau perkhidmatan pihak ketiga.
Bagi sesetengah Percubaan, kami akan meminta anda menyediakan butiran pembayaran untuk memulakan Percubaan (yang akan disimpan dan diproses mengikut Dasar Privasi kami). Dengan memberikan butiran tersebut, anda bersetuju bahawa kami boleh mula mengenakan bayaran kepada anda secara automatik bagi Langganan Berbayar pada hari pertama selepas Percubaan tamat mengikut bulan secara berulang atau selang masa lain yang akan kami maklumi terlebih dahulu, melainkan anda membatalkan langganan lebih awal (lihat seksyen 3 di atas dengan butiran lanjut tentang cara pembatalan). Setiap Percubaan menyediakan akses kepada Langganan Berbayar yang diiklankan:
A. pada harga yang diiklankan (jika ada); dan
B. untuk tempoh pengenalan awal seperti yang diterangkan selanjutnya dalam seksyen 4.3 di bawah, dari saat anda mengesahkan pembelian percubaan dengan melengkapkan proses daftar keluar ("Tempoh Percubaan").
4.1. Kelayakan percubaan.
Untuk melayakkan diri bagi Percubaan, pengguna mestilah memenuhi semua syarat yang berikut (setiap satunya "Pengguna yang Layak"):
A. Melainkan anda melanggan Percubaan yang diiklankan sebagai tersedia kepada pelanggan lama, anda mestilah merupakan pelanggan baharu bagi mana-mana dan semua Langganan Berbayar dan tidak pernah melanggan atau menerima percubaan Langganan Berbayar sebelum ini.
B. Jika anda melanggan Percubaan yang diiklankan sebagai tersedia kepada pelanggan lama, anda mestilah merupakan pelanggan Langganan Berbayar yang berkaitan (seperti yang diiklankan) dan langganan anda mestilah tamat tempoh sebelum tarikh atau tempoh masa yang diiklankan.
C. Bagi Percubaan untuk Langganan Berbayar Isi Rumah dan Langganan Berbayar Pengguna Pelajar: syarat kelayakan tambahan yang ditetapkan masing-masing dalam seksyen 2.2 dan 2.3 di atas akan digunakan.
D. Melainkan diiklankan sebaliknya, anda mestilah memberi Spotify kaedah pembayaran semasa yang sah dan diluluskan oleh Spotify (kad prabayar dan kad hadiah Spotify bukanlah bentuk pembayaran yang sah).
E. Melainkan diiklankan sebaliknya, anda mestilah memberikan kaedah pembayaran di atas secara terus kepada Spotify dan bukan melalui pihak ketiga (contohnya, bukan melalui penyedia kabel, telekomunikasi atau pengedar lain).
F. Syarat kelayakan tambahan (jika ada) seperti yang diiklankan dari semasa ke semasa berkaitan dengan Percubaan.
4.2 Ketersediaan percubaan.
Spotify akan menentukan kelayakan anda untuk Percubaan dengan bertindak secara munasabah, berdasarkan maklumat yang tersedia kepada Spotify. Tawaran Percubaan mestilah diterima sebelum tarikh tamat tempoh berkenaan yang diiklankan, jika ada. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang berkenaan, Spotify berhak mengubah suai, menggantung atau menamatkan Percubaan pada bila-bila masa dan atas apa-apa jua sebab dengan memberikan notis kepada anda dan tanpa liabiliti, yang bermakna kami tidak akan menerima pendaftaran akan datang untuk Percubaan tersebut.
4.3 Tempoh percubaan dan pembatalan.
Bagi sebarang Percubaan, Tempoh Percubaan yang berkenaan akan diteruskan selama tempoh yang diiklankan, tertakluk pada seksyen 4.2 di atas.
Melainkan dibatalkan sebelum penghujung Tempoh Percubaan atau Percubaan tersebut sehubungan bersama dengan Tempoh Prabayar, anda akan melanggan Langganan Berbayar yang anda pilih untuk mendaftar di bawah Percubaan tersebut secara automatik dan kaedah pembayaran yang anda berikan akan dikenakan caj berulang secara automatik pada hari pertama selepas Percubaan tamat mengikut bulan secara berulang atau selang masa lain yang kami maklumi kepada anda terlebih dahulu (sebarang ciri had masa maksimum bagi Langganan Berbayar akan dikurangkan mengikut Tempoh Percubaan). JIKA ANDA TIDAK MAHU DIKENAKAN CAJ INI, ANDA MESTILAH MEMBUAT PEMBATALAN SEBELUM PENGHUJUNG PERCUBAAN TERSEBUT DENGAN A) MENGIKUT LANGKAH YANG DITERANGKAN DI SINI JIKA ANDA TELAH MENDAFTAR UNTUK PERCUBAAN MELALUI SPOTIFY ATAU B) JIKA ANDA MENERIMA PERCUBAAN ANDA MELALUI PIHAK KETIGA, ANDA MESTILAH MEMBATALKAN LANGGANAN BERBAYAR YANG BERKENAAN MELALUI PIHAK KETIGA TERSEBUT.
Melainkan dinyatakan sebaliknya, contohnya pada bahagian lain dalam Terma ini atau sehubungan dengan tawaran atau percubaan termasuk semasa proses pembatalan tawaran atau Percubaan, jika anda membatalkan Percubaan semasa Tempoh Percubaan, anda akan kehilangan akses kepada Langganan Berbayar dan akaun Spotify anda akan bertukar kepada akaun Spotify Percuma secara automatik pada penghujung Tempoh Percubaan.
5. Ciri tambahan
Dari semasa ke semasa, Spotify boleh menyediakan perkhidmatan tambahan tertentu untuk pengguna Langganan Berbayar. Perkhidmatan tambahan memiliki terma penggunaan tersendiri yang akan digunakan. Kami akan mengambil langkah yang munasabah untuk menarik perhatian anda kepada terma ini. Sesetengah ciri tambahan mungkin memiliki kelayakan dan syarat pembayaran tambahan yang, jika berkenaan, akan digariskan dalam terma penggunaan tambahan yang berkaitan.