Dasar Privasi Spotify
Berkuat kuasa mulai 10 Oktober 2024
2. Hak dan kawalan data peribadi anda
3. Data peribadi yang kami kumpulkan berkenaan dengan anda
4. Tujuan kami menggunakan data peribadi anda
5. Berkongsi data peribadi anda
8. Melindungi keselamatan data peribadi anda
1. Perihal Dasar ini
Dasar ini menerangkan cara kami memproses data peribadi anda di Spotify AB.
Dasar ini digunakan pada penggunaan anda terhadap:
- semua perkhidmatan penstriman Spotify sebagai pengguna. Misalnya, ini termasuk:
- penggunaan Spotify oleh anda pada mana-mana peranti
- personalisasi pengalaman pengguna anda
- infrastruktur yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan kami
- sambungan akaun Spotify anda dengan aplikasi lain
- kedua-dua pilihan penstriman percuma atau berbayar kami (setiap satu merupakan 'Pilihan Perkhidmatan')
- perkhidmatan Spotify lain yang merangkumi pautan ke Dasar Privasi ini. Ini termasuklah laman web Spotify, Khidmat Pelanggan dan Laman Komuniti
Mulai sekarang, kami akan menetapkan perkara ini secara berkelompok sebagai 'Perkhidmatan Spotify'.
Dari semasa ke semasa, kami mungkin membangunkan perkhidmatan baharu atau menawarkan perkhidmatan tambahan. Perkhidmatan itu juga akan tertakluk pada Dasar ini, melainkan dinyatakan sebaliknya semasa kami memperkenalkan perkhidmatan tersebut.
Dasar ini bukan...
- Terma Penggunaan Spotify, yang merupakan dokumen berasingan. Terma Penggunaan menggariskan kontrak undang-undang antara anda dengan Spotify apabila menggunakan Perkhidmatan Spotify. Dokumen tersebut juga menerangkan peraturan Spotify dan hak anda sebagai pengguna
- perihal penggunaan anda terhadap perkhidmatan Spotify lain yang mengandungi dasar privasi khusus. Perkhidmatan Spotify yang lain termasuklah Anchor, Soundtrap, Megaphone dan aplikasi Spotify Live
Sumber dan tetapan lain
Maklumat penting tentang data peribadi anda terdapat dalam Dasar ini. Walau bagaimanapun, anda mungkin ingin melihat sumber dan kawalan privasi kami yang lain:
- Pusat Privasi: Hab mesra pengguna dengan rumusan topik penting.
- Privasi Akaun: Kawal pemprosesan data peribadi tertentu, termasuk pengiklanan tersuai.
- Tetapan Pemberitahuan: Menetapkan komunikasi pemasaran yang anda terima daripada Spotify.
- Tetapan (ada dalam versi Desktop dan Mudah Alih Spotify): Mengawal aspek tertentu Perkhidmatan Spotify seperti 'Sosial' atau 'Kandungan Eksplisit'. Pada tetapan 'Sosial', anda boleh:
- memulakan sesi Peribadi
- memilih sama ada anda ingin berkongsi perkara yang anda dengar di Spotify dengan pengikut anda
- memilih sama ada anda ingin menunjukkan artis yang baru dimainkan oleh anda pada profil awam anda
Pada tetapan 'Kandungan Eksplisit', anda boleh mengawal sama ada kandungan bertaraf eksplisit boleh dimainkan pada akaun Spotify anda.
- Dasar Kuki: Maklumat tentang cara kami menggunakan kuki dan cara mengurus keutamaan kuki anda. Kuki ialah fail yang disimpan pada telefon, tablet atau komputer anda apabila anda melawati sesuatu laman web.
2. Hak dan kawalan data peribadi anda
Banyak undang-undang privasi memberikan hak kepada individu terhadap data peribadi mereka. Undang-undang ini termasuk Peraturan Perlindungan Data Umum atau 'GDPR'.
Sesetengah hak hanya terpakai apabila Spotify menggunakan 'asas undang-undang' tertentu untuk memproses data anda. Kami menjelaskan setiap asas undang-undang dan masa Spotify menggunakan setiap satu asas undang-undang tersebut dalam Bahagian 4, 'Tujuan kami menggunakan data peribadi anda'.
Jadual di bawah menjelaskan:
- hak anda
- keadaan apabila hak anda terpakai (seperti asas undang-undang yang diperlukan)
- cara menggunakan hak anda
Anda berhak untuk...
|
Bagaimanakah caranya?
|
|
---|---|---|
Dapatkan makluman |
Dimaklumkan tentang data peribadi yang kami proses perihal anda dan cara kami memproses data tersebut. |
Kami memaklumkan kepada anda:
|
Akses |
Meminta akses kepada data peribadi tentang diri anda yang kami proses. |
Untuk meminta salinan data peribadi anda daripada Spotify, anda boleh sama ada:
Apabila anda memuat turun data anda, anda akan menerima maklumat tentang data anda yang perlu diberikan oleh Spotify di bawah Perkara 15 GDPR. Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang cara kami memproses data peribadi anda, anda boleh hubungi kami. |
Pembetulan |
Meminta kami meminda atau mengemas kini data peribadi anda yang tidak tepat atau tidak lengkap. |
Anda boleh mengedit Data Pengguna anda di bawah 'Edit Profil' dalam akaun anda atau dengan menghubungi kami. |
Pemadaman |
Meminta kami memadamkan data peribadi anda yang tertentu. Misalnya, anda boleh meminta kami memadamkan data peribadi:
Terdapat situasi yang mana Spotify tidak dapat memadamkan data anda, contohnya apabila:
|
Terdapat beberapa cara anda boleh memadamkan data peribadi daripada Spotify:
|
Sekatan |
Meminta kami menghentikan pemprosesan pada semua atau sebahagian daripada data peribadi anda. Anda boleh berbuat begini jika:
Anda boleh meminta agar kami menghentikan pemprosesan ini buat sementara waktu atau selama-lamanya. |
Anda boleh melaksanakan hak anda untuk menyekat dengan menghubungi kami. |
Bantahan |
Membantah tindakan kami memproses data peribadi anda. Anda boleh berbuat begini jika:
|
Bagi menggunakan hak anda untuk membantah, anda boleh:
|
Kemudahalihan data |
Meminta salinan data peribadi anda dalam format elektronik dan hak untuk memindahkan data peribadi tersebut untuk kegunaan dalam perkhidmatan pihak lain. Anda boleh meminta kami supaya memindahkan data anda apabila kami memproses data peribadi anda menurut asas undang-undang persetujuan atau pelaksanaan kontrak. Walau bagaimanapun, Spotify akan cuba memenuhi sebarang permintaan setakat yang mungkin. |
Bagi mendapatkan maklumat tentang cara menggunakan hak untuk kemudahalihan, sila lihat 'Akses' di atas. |
Tidak tertakluk pada pembuatan keputusan automatik |
Tidak tertakluk kepada keputusan yang hanya berdasarkan kepada pembuatan keputusan automatik (keputusan tanpa penglibatan manusia), termasuk pemprofilan, apabila keputusan itu memberikan kesan undang-undang kepada anda atau menghasilkan kesan besar yang serupa. |
Spotify tidak menjalankan pembuatan keputusan automatik sebegini dalam Perkhidmatan Spotify. |
Penarikan balik persetujuan |
Menarik balik persetujuan anda terhadap pengumpulan atau penggunaan data peribadi anda oleh kami. Anda boleh berbuat begini jika Spotify memproses data peribadi anda atas asas undang-undang persetujuan. |
Untuk menarik balik persetujuan anda, anda boleh:
|
Hak untuk membuat aduan |
Menghubungi Pihak Berkuasa Perlindungan Privasi Sweden atau pihak berkuasa perlindungan data setempat anda mengenai sebarang pertanyaan atau kebimbangan. |
Anda boleh menemukan butiran Pihak Berkuasa Sweden di sini. Anda juga boleh pergi ke laman web pihak berkuasa perlindungan data tempatan anda. |
Kawalan pengiklanan tersuai
Apakah itu pengiklanan tersuai?
- Pada masa inilah kami menggunakan maklumat tentang anda untuk menyesuaikan iklan agar lebih berkaitan dengan anda. Ini juga dikenali sebagai pengiklanan berdasarkan minat.
- Contoh iklan tersuai adalah apabila rakan kongsi iklan mempunyai maklumat yang menunjukkan bahawa anda menyukai kereta. Hal ini membolehkan kami memaparkan iklan tentang kereta kepada anda.
Cara mengawal pengiklanan tersuai:
- Anda boleh mengawal pengiklanan tersuai pada halaman Privasi Akaun anda di bawah 'Iklan Tersuai'.
- Anda juga boleh mengawal pengiklanan tersuai untuk sesetengah podcast menggunakan pautan dalam huraian rancangan episod. Ini terpakai apabila penyedia kandungan menyisipkan pengiklanan ke dalam podcast untuk tujuan membiayai podcast. Penyedia pengehosan, yang mungkin bukan Spotify, mengurus kawalan ini untuk podcast.
Jika anda 'menarik diri' daripada Iklan Tersuai pada halaman Privasi Akaun anda, anda tetap boleh menerima iklan. Ini termasuk pada Pilihan Perkhidmatan percuma kami serta Pilihan Perkhidmatan berbayar kami, mana-mana yang berkenaan (contohnya, pengiklanan dalam podcast). Jenis pengiklanan ini adalah berdasarkan maklumat pendaftaran anda dan kandungan yang sedang anda dengar pada perkhidmatan kami. Contohnya, jika anda mendengar podcast masakan, anda mungkin mendengar iklan tentang pemproses makanan.
3. Data peribadi yang kami kumpulkan berkenaan dengan anda
Jadual ini menerangkan kategori data peribadi yang kami kumpulkan daripada anda.
Dikumpul apabila anda mendaftar untuk Perkhidmatan Spotify
atau apabila anda mengemas kini akaun anda
|
|
---|---|
Kategori |
Huraian |
Data Pengguna |
Data peribadi yang kami perlukan untuk mencipta akaun Spotify anda dan membolehkan anda menggunakan Perkhidmatan Spotify. Jenis data yang dikumpulkan dan digunakan bergantung pada jenis Pilihan Perkhidmatan yang anda miliki. Jenis data juga bergantung pada cara anda mencipta akaun anda, negara tempat anda berada dan jika anda menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk mendaftar masuk. Data ini mungkin merangkumi:
Kami menerima sesetengah data ini daripada anda, contohnya daripada borang pendaftaran atau halaman akaun. Kami juga mengumpulkan sesetengah data ini daripada peranti anda, contohnya negara atau wilayah. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara kami mengumpulkan dan menggunakan data ini, lihat 'Lokasi umum (bukan tepat) anda' dalam kategori Penggunaan Data. |
Data Alamat Jalan |
Kami mungkin akan meminta dan memproses alamat jalan anda atas sebab berikut:
Dalam sesetengah situasi, kami mungkin menggunakan aplikasi pihak ketiga untuk membantu anda mengesahkan alamat anda, seperti Google Maps. |
Dikumpulkan melalui penggunaan Perkhidmatan Spotify anda | |
---|---|
Kategori |
Huraian |
Data Penggunaan |
Data peribadi yang dikumpulkan dan diproses berkenaan diri anda apabila anda mengakses atau menggunakan Perkhidmatan Spotify. Terdapat beberapa jenis maklumat yang terangkum di dalamnya, yang disenaraikan dalam seksyen berikut. Maklumat tentang cara anda menggunakan Spotify Contohnya termasuk:
Data teknikal anda Contohnya termasuk:
Lokasi umum (bukan tepat) anda Lokasi umum anda termasuklah negara, wilayah atau negeri. Kami boleh mengetahui maklumat ini daripada data teknikal (contohnya alamat IP anda, tetapan bahasa peranti anda) atau mata wang pembayaran. Kami memerlukan maklumat ini untuk:
Data sensor peranti anda Data sensor peranti dijana pergerakan atau dijana orientasi apabila perlu untuk menyediakan ciri Perkhidmatan Spotify yang memerlukan data ini. Ini ialah data yang peranti anda kumpulkan tentang cara anda menggerakkan atau memegang peranti anda. |
Data tambahan yang anda pilih untuk diberikan kepada kami | |
---|---|
Kategori |
Huraian |
Data Suara |
Jika ciri suara tersedia dalam pasaran anda dan apabila anda telah memilih untuk menggunakan ciri suara ini, kami akan mengumpulkan dan memproses data suara. Data suara bermakna rakaman audio suara anda dan transkrip rakaman tersebut. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara ciri suara yang berlainan berfungsi dan cara anda boleh mengawal dan mematikan ciri tersebut, lihat Dasar Kawalan Suara kami. |
Data Pembayaran dan Pembelian |
Jika anda membuat apa-apa pembelian daripada Spotify atau mendaftar untuk Pilihan Perkhidmatan berbayar atau percubaan, kami perlu memproses data pembayaran anda. Data peribadi sebenar yang dikumpulkan dan digunakan akan berbeza mengikut kaedah pembayaran. Ini akan merangkumi maklumat seperti:
|
Data Tinjauan dan Penyelidikan |
Apabila anda menjawab tinjauan atau mengambil bahagian dalam penyelidikan pengguna, kami mengumpulkan dan menggunakan data peribadi yang anda berikan. |
Kami menerima sesetengah data yang disebut di atas daripada pihak ketiga. Jadual di bawah menerangkan kategori pihak ketiga tersebut.
Sumber pihak ketiga yang kami terima data anda
|
||
---|---|---|
Kategori pihak ketiga |
Huraian |
Kategori data |
Rakan kongsi pengesahan |
Jika anda mendaftar atau log masuk ke Perkhidmatan Spotify menggunakan perkhidmatan lain, perkhidmatan tersebut akan menghantar maklumat anda kepada kami. Maklumat ini membantu dalam penghasilan akaun anda dengan kami. |
Data Pengguna |
Aplikasi, perkhidmatan dan peranti pihak ketiga yang anda sambungkan kepada akaun Spotify anda |
Jika anda menyambungkan akaun Spotify anda dengan aplikasi, perkhidmatan atau peranti pihak ketiga, kami boleh mengumpulkan dan menggunakan maklumat tertentu daripada aplikasi, perkhidmatan atau peranti pihak ketiga tersebut. Tujuan pengumpulan maklumat ini adalah untuk membolehkan penyepaduan. Aplikasi, perkhidmatan atau peranti pihak ketiga ini mungkin termasuk:
Kami akan meminta keizinan anda sebelum kami mengumpulkan maklumat anda daripada pihak ketiga tertentu. |
Data Pengguna Data Penggunaan |
Rakan kongsi perkhidmatan teknikal |
Kami bekerjasama dengan rakan kongsi perkhidmatan teknikal yang memberi kami data tertentu. Ini merangkumi pemetaan alamat IP dengan data lokasi bukan tepat (contohnya, negara atau wilayah, bandar, negeri). Hal ini membolehkan Spotify membekalkan Perkhidmatan Spotify, kandungan dan ciri. Kami juga bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan keselamatan yang membantu kami melindungi akaun pengguna. |
Data Pengguna Data Penggunaan |
Rakan kongsi pembayaran dan Pedagang |
Jika anda memilih untuk membayar melalui pihak ketiga (contohnya pembawa telekomunikasi) atau melalui invois, kami mungkin mendapat data daripada rakan kongsi pembayaran kami. Hal ini membolehkan kami:
Jika kami menghalakan anda kepada pedagang, kami menerima data yang berkaitan dengan pembelian anda daripada pedagang tersebut. Misalnya, kami mungkin menghalakan anda kepada kedai barang dagangan artis pada platform pihak ketiga atau kepada laman web penjualan tiket pihak ketiga. Penerimaan data ini membolehkan kami:
|
Data Pembayaran dan Pembelian |
Rakan kongsi pengiklanan dan pemasaran |
Kami menerima kesimpulan daripada rakan kongsi pengiklanan atau pemasaran tertentu. Kesimpulan ini ialah pemahaman rakan kongsi tentang minat dan pilihan anda. Hal ini membolehkan kami menyampaikan iklan dan pemasaran yang lebih berkaitan. |
Data Penggunaan |
Syarikat yang diperoleh |
Kami mungkin menerima data tentang anda daripada syarikat yang kami peroleh. Ini adalah untuk meningkatkan perkhidmatan, produk dan tawaran kami. |
Data Pengguna Data Penggunaan |
Jika anda memuat turun aplikasi mudah alih Spotify dan mencuba Spotify menggunakan pengalaman pengguna yang dilog keluar, kami akan mengumpulkan maklumat terhad tentang penggunaan Perkhidmatan Spotify anda, termasuk Data Penggunaan. Kami berbuat begini untuk memahami cara anda mengakses dan menggunakan Perkhidmatan. Kami juga berbuat begini untuk memastikan kami menyediakan pengalaman yang sesuai untuk anda, misalnya berdasarkan negara atau wilayah anda. Jika anda memutuskan untuk mencipta akaun Spotify untuk mengalami perkhidmatan kami sepenuhnya, maka kami akan menggabungkan data ini dengan data akaun Spotify anda.
4. Tujuan kami menggunakan data peribadi anda
Jadual di bawah menerangkan:
- tujuan kami memproses data peribadi anda
- justifikasi undang-undang kami (setiap satu dipanggil 'asas undang-undang') mengikut undang-undang perlindungan data, untuk setiap tujuan
- kategori data peribadi yang kami gunakan untuk setiap tujuan. Lihat lagi tentang kategori ini dalam Seksyen 3 'Data peribadi yang kami kumpulkan perihal diri anda'
Berikut merupakan penjelasan umum bagi setiap 'asas undang-undang' untuk membantu anda memahami jadual:
- Pelaksanaan Kontrak: Apabila Spotify (atau pihak ketiga) perlu memproses data peribadi anda untuk:
- mematuhi kewajipan menurut kontrak dengan anda. Ini termasuk kewajipan Spotify mengikut Terma Penggunaan untuk membekalkan Perkhidmatan Spotify kepada anda, atau
- mengesahkan maklumat sebelum memulakan kontrak baharu dengan anda.
- Kepentingan Sah: Apabila Spotify atau pihak ketiga mempunyai kepentingan dalam menggunakan data peribadi anda dengan cara tertentu dan kepentingan ini adalah perlu serta wajar dengan mempertimbangkan sebarang risiko yang mungkin berlaku kepada anda dan pengguna Spotify yang lain. Contohnya, menggunakan Data Penggunaan anda untuk meningkatkan Perkhidmatan Spotify untuk semua pengguna. Hubungi kami jika anda ingin memahami justifikasi tertentu.
- Persetujuan: Apabila Spotify meminta anda menyatakan persetujuan atas penggunaan data peribadi anda oleh Spotify untuk tujuan tertentu.
- Pematuhan pada Kewajipan Undang-undang: Apabila Spotify mesti memproses data peribadi anda untuk mematuhi undang-undang.
Tujuan memproses data anda
|
Asas undang-undang yang membenarkan tujuan tersebut |
Kategori data peribadi yang digunakan untuk tujuan tersebut
|
---|---|---|
Untuk menyediakan Perkhidmatan Spotify selaras dengan kontrak kami dengan anda. Contohnya, apabila kami menggunakan data peribadi anda untuk:
|
Pelaksanaan Kontrak |
|
Untuk menyediakan bahagian Perkhidmatan Spotify yang selanjutnya. Contohnya, apabila kami menggunakan data peribadi anda untuk membolehkan anda berkongsi pautan kepada kandungan Spotify dengan orang lain. |
Kepentingan Sah Kepentingan sah kami di sini termasuk:
|
|
Untuk menyediakan ciri sukarela tambahan Perkhidmatan Spotify yang tertentu. Dalam kes sebegini, kami akan meminta persetujuan anda secara jelas. |
Kebenaran |
|
Untuk mendiagnosis, menyelesaikan masalah dan membetulkan isu berkenaan Perkhidmatan Spotify. |
Pelaksanaan Kontrak |
|
Untuk menilai dan membangunkan ciri, teknologi dan penambahbaikan baharu kepada Perkhidmatan Spotify. Misalnya:
|
Kepentingan Sah Kepentingan sah kami di sini termasuk pembangunan dan penambahbaikan produk dan ciri untuk pengguna kami. |
|
Untuk tujuan pemasaran atau pengiklanan yang mana undang-undang mewajibkan kami mengambil kebenaran anda. Contohnya, apabila kami menggunakan kuki untuk memahami minat anda atau undang-undang memerlukan kebenaran untuk pemasaran e-mel. |
Kebenaran |
|
Bagi tujuan pemasaran, promosi dan pengiklanan yang lain, yang mana kebenaran tidak diperlukan oleh undang-undang. Contohnya, apabila kami menggunakan data peribadi anda untuk menyesuaikan iklan mengikut minat anda. |
Kepentingan Sah Kepentingan sah kami di sini termasuk menggunakan pengiklanan untuk membiayai Perkhidmatan Spotify, agar kami dapat menawarkan sebahagian besar Perkhidmatan secara percuma. |
|
Untuk mematuhi kewajipan undang-undang yang tertakluk pada kami. Ini mungkin:
Contohnya, apabila kami menggunakan tarikh lahir anda ketika diperlukan untuk tujuan pengesahan umur. |
Pematuhan kewajipan undang-undang |
|
Untuk mematuhi permintaan daripada penguat kuasa undang-undang, mahkamah atau pihak berkuasa lain yang kompeten. |
Pematuhan dengan kewajipan undang-undang dan kepentingan sah Kepentingan sah kami di sini termasuk membantu pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang mencegah atau mengesan jenayah serius. |
|
Untuk memenuhi kewajipan kontraktual dengan pihak ketiga. Contohnya, apabila kami menyediakan data nama samaran tentang perkara yang pendengar kami dengar kerana kami mempunyai perjanjian dengan pemegang hak Spotify untuk berbuat demikian. |
Kepentingan sah Kepentingan sah kami di sini termasuk:
|
|
Untuk mengambil tindakan bersesuaian melalui laporan tentang pelanggaran harta intelektual dan kandungan yang tidak wajar. |
Kepentingan sah Kepentingan sah kami di sini termasuk melindungi harta intelektual dan kandungan asal. |
|
Untuk menetapkan, melaksanakan atau mempertahankan tuntutan undang-undang. Contohnya, jika kami terlibat dalam litigasi dan perlu memberikan maklumat kepada peguam kami berhubung dengan kes undang-undang tersebut. |
Kepentingan sah Kepentingan sah kami di sini termasuk:
|
|
Untuk menjalankan perancangan, pelaporan dan ramalan perniagaan. Contohnya, apabila kami melihat data pengguna teragregat seperti bilangan pendaftaran baharu di sebuah negara bagi merancang lokasi baharu untuk melancarkan produk dan ciri kami. |
Kepentingan Sah Kepentingan sah kami di sini termasuk penyelidikan dan perancangan supaya perjalanan perniagaan kami berjaya diteruskan. |
|
Untuk memproses pembayaran anda. Contohnya, apabila kami menggunakan data peribadi anda untuk membolehkan anda membeli langganan Spotify. |
Pelaksanaan Kontrak dan persetujuan |
|
Untuk memastikan Perkhidmatan Spotify selamat dan untuk mengesan serta mencegah penipuan. Contohnya, apabila kami menganalisis Data Penggunaan untuk menyemak penggunaan Perkhidmatan Spotify yang bersifat penipuan. |
Kepentingan Sah Kepentingan sah kami di sini termasuk melindungi Perkhidmatan Spotify dan pengguna kami daripada penipuan dan aktiviti yang menyalahi undang-undang yang lain. |
|
Untuk menjalankan penyelidikan dan tinjauan. Contohnya, apabila kami menghubungi pengguna kami untuk meminta maklum balas anda. |
Kepentingan Sah Kepentingan sah kami di sini termasuk untuk memahami lebih lanjut tentang cara pengguna memikirkan dan menggunakan Perkhidmatan Spotify. |
|
Dalam bidang kuasa yang tidak mengiktiraf kepentingan sah sebagai asas undang-undang, kami bergantung pada keperluan atau kebenaran kontraktual.
5. Berkongsi data peribadi anda
Bahagian ini menerangkan pihak yang menerima data peribadi yang dikumpulkan atau dijana melalui penggunaan anda terhadap Perkhidmatan Spotify.
Maklumat yang tersedia untuk orang awam
Data peribadi berikut akan sentiasa tersedia secara umum di Perkhidmatan Spotify (kecuali kepada mana-mana pengguna yang telah anda sekat):
- nama profil anda
- foto profil anda
- playlist umum anda
- kandungan lain yang anda siarkan pada Perkhidmatan Spotify dan sebarang tajuk, huraian dan imej yang berkaitan
- individu yang anda ikuti dalam Perkhidmatan Spotify
- yang mengikuti anda di Perkhidmatan Spotify
Anda atau pengguna lain boleh berkongsi maklumat tertentu pada perkhidmatan pihak ketiga, seperti media sosial atau platform pemesejan. Ini termasuk:
- profil anda
- sebarang kandungan yang anda siarkan di Spotify dan butiran tentang kandungan tersebut
- playlist anda dan mana-mana tajuk, huraian dan imej yang berkaitan
Apabila perkongsian ini berlaku, perkhidmatan pihak ketiga boleh menyimpan salinan perkongsian tersebut untuk menyokong ciri mereka.
Data peribadi yang boleh anda pilih untuk dikongsi
Kami hanya akan berkongsi data peribadi berikut dengan penerima yang digariskan dalam jadual di bawah:
- apabila anda telah memilih untuk menggunakan ciri Perkhidmatan Spotify atau aplikasi, perkhidmatan atau peranti pihak ketiga dan kami perlu berkongsi data peribadi untuk membolehkan perkara ini atau
- jika anda memberikan kebenaran kepada kami untuk berkongsi data peribadi. Contohnya, anda boleh berbuat demikian dengan memilih tetapan yang sewajarnya dalam Perkhidmatan Spotify atau dengan memberikan kebenaran anda
Kategori penerima
|
Kategori data yang boleh anda pilih untuk dikongsi
|
Sebab perkongsian |
---|---|---|
Aplikasi, perkhidmatan dan peranti pihak ketiga yang anda sambungkan kepada Akaun Spotify anda |
|
Untuk menyambungkan akaun Spotify anda atau membenarkan anda menggunakan Perkhidmatan Spotify berhubungan dengan aplikasi, perkhidmatan atau peranti pihak ketiga. Contoh aplikasi, perkhidmatan dan peranti pihak ketiga tersebut termasuk:
Anda boleh melihat dan mengalih keluar banyak sambungan pihak ketiga di bawah 'Aplikasi' dalam akaun anda. |
Komuniti sokongan |
|
Untuk membolehkan anda menggunakan perkhidmatan Komuniti Sokongan Spotify. Apabila anda mendaftar untuk akaun pada Komuniti Sokongan Spotify, kami akan meminta anda mencipta nama profil. Nama ini akan dipaparkan secara umum kepada sesiapa yang menggunakan Komuniti Sokongan Spotify. Kami juga akan memaparkan sebarang soalan atau komen yang anda siarkan. |
Pengguna Spotify yang lain |
|
Untuk berkongsi maklumat tentang penggunaan Perkhidmatan Spotify anda dengan pengguna Spotify lain. Ini mungkin merangkumi pengikut anda di Spotify. Contohnya, di bawah tetapan 'Sosial', anda boleh memilih untuk berkongsi artis yang dimainkan baru-baru ini dan playlist anda pada profil anda. Anda juga boleh memilih untuk mencipta atau menyertai playlist kongsi dengan pengguna lain. Playlist kongsi memberi anda cadangan sosial berdasarkan aktiviti mendengar anda. |
Artis dan syarikat rakaman |
|
Untuk menerima berita atau tawaran promosi daripada artis, syarikat rakaman atau rakan kongsi lain. Anda boleh memilih untuk berkongsi Data Pengguna anda untuk tujuan ini. Anda boleh mengubah fikiran dan menarik balik kebenaran anda pada bila-bila masa. |
Maklumat yang boleh kami kongsi
Lihat jadual ini untuk mendapatkan butiran tentang individu yang kami berkongsi maklumat dan sebab perkongsian.
Kategori penerima |
Kategori data
|
Sebab perkongsian |
---|---|---|
Pembekal perkhidmatan |
|
Ini supaya mereka boleh membekalkan perkhidmatan mereka kepada Spotify. Pembekal perkhidmatan ini mungkin termasuk pihak yang kami ambil bekerja untuk:
|
Rakan kongsi pembayaran |
|
Ini supaya mereka boleh memproses pembayaran anda dan untuk tujuan antipenipuan. |
Rakan kongsi pengiklanan |
|
Ini supaya mereka boleh membantu kami menyampaikan pengiklanan yang lebih berkaitan dengan anda dalam Perkhidmatan Spotify dan membantu untuk menilai keberkesanan iklan. Contohnya, rakan kongsi iklan kami membantu kami memudahkan pengiklanan tersuai. |
Rakan Kongsi Pemasaran |
|
Untuk mempromosikan Spotify dengan rakan kongsi kami. Kami berkongsi Data Pengguna dan Data Penggunaan tertentu dengan rakan kongsi ini jika perlu untuk:
Contoh rakan kongsi termasuk:
Rakan kongsi kami juga mungkin menggabungkan data peribadi yang kami kongsi dengan mereka dengan data lain yang dikumpulkan oleh mereka tentang diri anda, contohnya penggunaan perkhidmatan mereka oleh anda. Kami dan rakan kongsi kami boleh menggunakan maklumat ini untuk menyampaikan tawaran, promosi atau pemasaran lain kepada anda yang kami rasa berkaitan dengan anda. |
Platform Pengehosan |
|
Platform pengehosan mengehoskan podcast agar platform ini boleh menyampaikan podcast kepada anda. Kami berkongsi data tertentu, seperti alamat IP anda dengan platform pengehosan apabila anda memainkan podcast. Kami juga membolehkan anda menstrim podcast yang tersedia daripada platform pengehosan lain yang tidak dimiliki oleh Spotify. Penyedia podcast harus menjelaskan platform yang mengehoskan podcast mereka dalam huraian rancangan atau episod. Lihat dasar privasi platform pengehosan tentang cara platform menggunakan data yang dikongsi dengan platform itu. |
Penyelidik akademik |
|
Untuk aktiviti seperti analisis statistik dan kajian akademik tetapi hanya dalam format nama samaran. Data nama samaran bermaksud bahawa data anda dikenal pasti oleh kod dan bukannya nama atau maklumat lain yang mengenal pasti anda secara langsung. |
Syarikat kumpulan Spotify lain, termasuk syarikat yang Spotify peroleh |
|
Untuk menjalankan operasi perniagaan harian kami serta supaya kami dapat menyelenggara, menambah baik dan menyediakan Perkhidmatan Spotify dan perkhidmatan syarikat yang diperolehi kepada anda. Misalnya:
|
Penguat kuasa undang-undang dan pihak berkuasa lain atau pihak lain dalam litigasi |
|
Apabila kami yakin perkongsian ini diperlukan, contohnya:
|
Pembeli perniagaan kami |
|
Jika kami menjual atau berunding untuk menjual perniagaan kami kepada pembeli atau pembeli yang berpotensi. Dalam keadaan ini, kami mungkin memindahkan data peribadi anda kepada pengganti atau ahli gabungan sebagai sebahagian daripada urus niaga tersebut. |
6. Pengekalan data
Kami menyimpan data peribadi anda hanya selama yang diperlukan untuk membekalkan Perkhidmatan Spotify kepada anda dan untuk tujuan perniagaan Spotify yang sah dan penting, seperti:
- mengekalkan prestasi Perkhidmatan Spotify
- membuat keputusan perniagaan berdasarkan data tentang ciri dan tawaran baharu
- mematuhi kewajipan undang-undang kami
- menyelesaikan pertikaian
Berikut ialah beberapa kategori tempoh pengekalan kami dan kriteria yang kami gunakan untuk menentukan tempoh:
- Data yang dikekalkan sehingga anda mengeluarkan data
Anda berhak meminta kami memadamkan data peribadi anda yang tertentu. Lihat bahagian tentang 'Pemadaman' dalam Bahagian 2 'Hak dan kawalan data peribadi anda' untuk mendapatkan maklumat lanjut, serta keadaan yang membolehkan kami bertindak mengikut permintaan anda.
Anda juga boleh memadamkan data peribadi tertentu terus daripada Perkhidmatan Spotify: contohnya, anda boleh mengedit atau memadamkan gambar profil anda. Apabila pengguna dapat melihat dan mengemaskinikan data peribadi mereka sendiri, kami akan menyimpan maklumat itu selagi pengguna memilih untuk berbuat demikian melainkan salah satu daripada tujuan terhad yang diterangkan di bawah terpakai. - Data yang tamat tempoh selepas tempoh masa tertentu
Kami telah menetapkan tempoh pengekalan tertentu supaya sesetengah data tamat tempoh selepas tempoh masa tertentu. Contohnya, data peribadi yang mungkin anda masukkan sebagai sebahagian daripada pertanyaan carian biasanya dipadamkan selepas 90 hari. - Data yang dikekalkan sehingga akaun Spotify anda dipadamkan
Kami menyimpan sesetengah data sehingga akaun Spotify anda dipadamkan. Contoh data ini termasuklah nama pengguna dan maklumat profil Spotify anda. Kami juga biasanya menyimpan sejarah penstriman sepanjang hayat sesebuah akaun, sebagai contoh, untuk menyediakan playlist retrospektif yang dinikmati oleh pengguna dan cadangan diperibadikan yang mengambil kira tabiat mendengar (contohnya, Kapsul Masa Anda atau Summer Rewind Anda). Apabila akaun Spotify anda dipadamkan, kategori data ini dipadamkan atau menjadi tanpa nama. - Data yang dikekalkan untuk tempoh masa yang panjang bagi tujuan yang terhad
Selepas akaun anda dipadamkan, kami mengekalkan sesetengah data untuk tempoh masa yang lebih panjang tetapi untuk tujuan yang amat terhad. Contohnya, kami mungkin tertakluk pada kewajipan undang-undang atau kontraktual yang mewajibkan perkara ini. Kewajipan ini mungkin termasuk undang-undang pengekalan data, perintah kerajaan untuk mengekalkan data yang berkaitan dengan siasatan atau data yang disimpan bagi tujuan litigasi. Kami juga mungkin mengekalkan data yang telah dikeluarkan daripada Perkhidmatan Spotify untuk tempoh masa yang terhad. Ini mungkin dilakukan untuk:- memastikan keselamatan pengguna atau
- memberikan perlindungan daripada kandungan berbahaya pada platform kami.
Ini membantu kami menyiasat kemungkinan pelanggaran Garis Panduan Pengguna dan Peraturan Platform kami. Sebaliknya, kami akan mengeluarkan kandungan yang menyalahi undang-undang apabila dikehendaki untuk berbuat demikian oleh undang-undang.
7. Pemindahan ke negara lain
Disebabkan sifat global perniagaan kami, Spotify berkongsi data peribadi anda di peringkat antarabangsa dengan syarikat kumpulan, subkontraktor dan rakan kongsi Spotify untuk membekalkan Perkhidmatan Spotify kepada anda. Mereka mungkin memproses data anda di negara dengan undang-undang perlindungan data yang tidak dianggap seketat undang-undang EU atau undang-undang yang dikuatkuasakan di tempat anda bermastautin. Misalnya, mereka mungkin tidak memberi anda hak yang sama terhadap data anda.
Apabila kami memindahkan data peribadi pada peringkat antarabangsa, kami menggunakan alat untuk:
- memastikan pemindahan data mematuhi undang-undang berkenaan
- membantu untuk memberikan data anda tahap perlindungan yang sama seperti yang diberikan di EU
Untuk memastikan setiap pemindahan data mematuhi perundangan EU yang berkenaan, kami menggunakan mekanisme undang-undang berikut:
- Fasal Kontraktual Standard ('SCC'). Fasal ini menghendaki pihak lain melindungi data anda dan untuk memberi anda hak dan perlindungan tahap EU. Contohnya, kami menggunakan SCC untuk memindahkan data peribadi yang diterangkan dalam Bahagian 3 'Data peribadi yang kami kumpulkan tentang anda' kepada penyedia pengehosan kami yang menggunakan pelayan di AS. Anda boleh menggunakan hak anda di bawah Fasal Kontraktual Standard dengan menghubungi kami atau pihak ketiga yang memproses data peribadi anda.
- Keputusan Kecukupan. Ini bermakna kami memindahkan data peribadi ke negara di luar Kawasan Ekonomi Eropah yang mempunyai undang-undang yang mencukupi untuk melindungi data peribadi, seperti yang ditentukan oleh Suruhanjaya Eropah. Contohnya, kami memindahkan data peribadi yang diterangkan dalam Seksyen 3 'Data peribadi yang kami kumpulkan perihal anda' kepada vendor yang berpangkalan di United Kingdom, Kanada, Jepun, Republik Korea dan Switzerland.
Kami juga mengenal pasti dan menggunakan perlindungan tambahan yang sesuai untuk setiap pemindahan data. Contohnya, kami menggunakan:
- perlindungan teknikal, seperti penyulitan dan nama samaran
- dasar dan proses untuk mencabar permintaan pihak berkuasa kerajaan yang tidak seimbang atau menyalahi undang-undang
8. Melindungi keselamatan data peribadi anda
Kami komited untuk melindungi data peribadi pengguna kami. Kami menyediakan langkah teknikal dan organisasi yang sesuai untuk melindungi keselamatan data peribadi anda. Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa tiada sistem yang benar-benar selamat.
Kami telah menyediakan pelbagai perlindungan untuk melindungi daripada akses tanpa kebenaran dan pengekalan data peribadi yang tidak diperlukan dalam sistem kami. Ini termasuk dasar nama samaran, penyulitan, akses dan pengekalan.
Untuk melindungi akaun pengguna anda, kami menggalakkan agar anda:
- menggunakan kata laluan yang kuat, yang hanya digunakan untuk akaun Spotify anda
- tidak sekali-kali berkongsi kata laluan anda dengan sesiapa pun
- mengehadkan akses kepada komputer dan penyemak imbas anda
- log keluar sebaik sahaja anda selesai menggunakan Perkhidmatan Spotify pada peranti yang dikongsi
- membaca lebih terperinci tentang melindungi akaun anda
Anda boleh log keluar daripada Spotify di berbilang tempat secara serentak dengan menggunakan fungsi 'Daftar keluar di mana-mana sahaja' pada halaman akaun anda.
Jika individu lain mempunyai akses kepada akaun Spotify anda, mereka boleh mengakses data peribadi, kawalan dan Perkhidmatan Spotify yang tersedia dalam akaun anda. Contohnya, anda mungkin telah membenarkan seseorang menggunakan akaun anda pada peranti yang dikongsi.
Anda bertanggungjawab untuk hanya membenarkan individu lain menggunakan akaun anda apabila anda berasa selesa berkongsi data peribadi ini dengan individu tersebut. Penggunaan akaun Spotify anda oleh orang lain boleh memberikan kesan kepada cadangan diperibadikan anda dan disertakan dalam muat turun data anda.
9. Kanak-kanak
Nota: Dasar ini tidak terpakai pada Spotify Kids, melainkan dinyatakan dalam Dasar Privasi Spotify Kids. Spotify Kids ialah aplikasi Spotify yang berasingan.
Perkhidmatan Spotify mengandungi "Had Umur" minimum di setiap negara atau wilayah. Perkhidmatan Spotify tidak ditujukan kepada kanak-kanak dalam lingkungan umur:
- 13 tahun ke bawah, atau
- yang menjadikan tindakan memproses data peribadi mereka satu kesalahan undang-undang, atau
- yang memerlukan kebenaran ibu bapa untuk memproses data peribadi mereka
Kami tidak mengumpulkan data peribadi kanak-kanak di bawah Had Umur yang berkenaan dengan sengaja. Jika umur anda di bawah Had Umur, jangan gunakan Perkhidmatan Spotify dan jangan berikan apa-apa data peribadi kepada kami. Sebaliknya, kami mengesyorkan agar anda menggunakan akaun Spotify Kids.
Jika anda ibu atau bapa kanak-kanak di bawah Had Umur dan menyedari anak anda telah memberikan data peribadi kepada Spotify, hubungi kami.
Jika kami mendapati bahawa kami telah mengumpulkan data peribadi kanak-kanak di bawah Had Umur yang berkenaan, kami akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk memadamkan data peribadi tersebut. Kami mungkin perlu memadamkan akaun Spotify kanak-kanak itu.
Apabila menggunakan peranti yang dikongsi pada Perkhidmatan Spotify utama, berhati-hati tentang memainkan atau mencadangkan apa-apa kandungan yang tidak sesuai kepada individu di bawah umur 18 tahun.
10. Perubahan pada Dasar ini.
Ada kalanya kami membuat perubahan pada Dasar ini.
Apabila kami membuat perubahan penting pada Dasar ini, kami akan memberi anda notis penting yang sesuai mengikut keadaan. Contohnya, kami mungkin memaparkan notis penting dalam Perkhidmatan Spotify atau menghantar pemberitahuan e-mel atau peranti kepada anda.
11. Cara menghubungi kami
Untuk sebarang pertanyaan atau kebimbangan mengenai Dasar ini, hubungi Pegawai Perlindungan Data kami melalui salah satu cara berikut:
- hantar e-mel kepada privacy@spotify.com
- hantar surat kepada kami di: Spotify AB, Regeringsgatan 19, 111 53 Stockholm, Sweden
Spotify AB ialah pengawal data bagi data peribadi yang diproses mengikut Dasar ini.
© Spotify AB