Misi Spotify adalah untuk membuka kunci potensi kreativiti manusia – dengan memberi jutaan artis kreatif peluang untuk menyara hidup melalui karya mereka dan berbilion peminat peluang untuk menikmati dan mendapat inspirasi daripada karya tersebut. Kami percaya pencapaian misi ini pada platform kami dapat direalisasikan dengan menerima pelbagai bentuk ekspresi, idea, perspektif dan suara artistik. Ini mungkin bermakna bahawa sesetengah kandungan pada platform kami mungkin tidak sesuai dengan keinginan setiap individu atau bukan kandungan yang disokong oleh Spotify.
Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud semua kandungan boleh diterima pada platform kami. Sebagai tambahan kepada syarat yang telah anda persetujui untuk mengawal penggunaan perkhidmatan kami, peraturan ini membantu untuk memastikan bahawa setiap orang mempunyai pengalaman yang selamat dan menyeronokkan.
Sama ada anda seorang pemuzik, pencipta podcast atau penyumbang lain, anda perlu mengetahui perkara yang tidak dibenarkan pada platform kami. Contoh dalam bahagian di bawah adalah untuk tujuan ilustrasi dan tidak menyeluruh.
Spotify ialah platform untuk komuniti tempat orang ramai boleh mencipta, mengekspresikan diri mereka, mendengar, berkongsi, belajar dan mendapat inspirasi. Jangan menggalakkan keganasan, menghasut kebencian, mengganggu atau terlibat dalam mana-mana tingkah laku lain yang boleh menyebabkan orang ramai menghadapi risiko kecederaan fizikal yang serius atau kematian. Perkara yang perlu dielakkan:
Kandungan yang menyokong atau mengagungkan bahaya fizikal yang serius terhadap individu atau kumpulan termasuk, tetapi mungkin tidak terhad kepada:
Kandungan yang mempromosikan atau menyokong keganasan atau faham pelampau ganas termasuk, tetapi mungkin tidak terhad kepada:
Kandungan yang menyasarkan individu atau kumpulan yang boleh dikenal pasti untuk gangguan atau penyalahgunaan yang berkaitan termasuk, tetapi mungkin tidak terhad kepada:
Kandungan yang menghasut keganasan atau kebencian terhadap seseorang atau kumpulan orang berdasarkan kaum, agama, identiti atau ekspresi jantina, jantina, etnik, kewarganegaraan, orientasi seksual, status veteran, umur, ketidakupayaan atau ciri lain yang dikaitkan dengan diskriminasi atau peminggiran sistemik termasuk, tetapi mungkin tidak terhad kepada:
Kandungan yang mempromosikan maklumat perubatan palsu atau berbahaya yang boleh menyebabkan kemudaratan luar talian atau menimbulkan ancaman langsung kepada kesihatan awam termasuk, tetapi mungkin tidak terhad kepada:
Kandungan yang secara haram mempromosikan penjualan barangan terkawal atau haram termasuk, tetapi mungkin tidak terhad kepada:
Kandungan yang menggalakkan, meminta atau memudahkan penderaan atau eksploitasi seksual kanak-kanak termasuk, tetapi mungkin tidak terhad kepada:
Penciptaan pengalaman yang hebat di Spotify memerlukan kepercayaan bahawa identiti seseorang adalah seperti yang mereka katakan, bahawa mereka tidak akan ditipu dan tiada sesiapa yang cuba memanipulasi platform kami. Jangan gunakan amalan berniat jahat untuk menipu orang lain. Perkara yang perlu dielakkan:
Kandungan yang menyamar sebagai orang lain untuk menipu termasuk, tetapi mungkin tidak terhad kepada:
Kandungan yang mempromosikan media yang dimanipulasi dan sintetik sebagai tulen dengan cara yang menimbulkan risiko bahaya termasuk, tetapi mungkin tidak terhad kepada:
Kandungan yang cuba memanipulasi atau mengganggu proses berkaitan pilihan raya termasuk, tetapi mungkin tidak terhad kepada:
Kandungan yang cuba mengambil kesempatan terhadap komuniti Spotify termasuk, tetapi mungkin tidak terhad kepada:
Kami mempunyai banyak kandungan hebat di Spotify, tetapi terdapat perkara tertentu yang kami tidak benarkan pada platform kami. Jangan siarkan kandungan ganas atau grafik yang keterlaluan dan jangan siarkan kandungan seksual yang eksplisit. Perkara yang perlu dielakkan:
Kandungan yang mempromosikan gambaran grafik atau tidak wajar tentang keganasan, kengerian atau imejan lain yang mengejutkan termasuk, tetapi mungkin tidak terhad kepada:
Kandungan yang mengandungi bahan seksual eksplisit termasuk, tetapi mungkin tidak terhad kepada:
Undang-undang ialah undang-undang. Tidak kira siapa anda, anda bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang dan peraturan yang terpakai. Perkara yang perlu dielakkan:
Kandungan yang melanggar undang-undang dan peraturan yang berkenaan termasuk, tetapi mungkin tidak terhad kepada:
Kandungan yang melanggar hak harta intelek orang lain termasuk, tetapi mungkin tidak terhad kepada:
Spotify berhasrat menguatkuasakan peraturan ini dengan konsisten dan besar-besaran di seluruh dunia menggunakan gabungan teknologi dan jurusemak. Selain laporan pengguna, kami memanfaatkan alat automatik yang bergantung pada gabungan isyarat untuk mengesan kandungan yang mungkin melanggar Peraturan Platform kami.
Kami melantik pasukan pakar di seluruh dunia yang membangunkan, menyelenggara dan menguatkuasakan Peraturan Platform kami. Apabila kandungan yang mungkin melanggar peraturan dilaporkan atau dikesan, pasukan kami akan berusaha mengambil tindakan kuat kuasa yang sesuai.
Kami memandang serius terhadap keputusan ini dan mempertimbangkan konteks apabila menilai pelanggaran Peraturan Platform yang berkemungkinan. Pelanggaran peraturan boleh mengakibatkan kandungan yang melanggar peraturan dikeluarkan daripada Spotify. Pelanggaran berulang kali atau teruk boleh mengakibatkan akaun digantung dan/atau ditamatkan. Ketahui lebih lanjut tentang tindakan lain yang mungkin kami ambil terhadap kandungan atau akaun di sini.
Peraturan Platform ini akan memastikan Spotify kekal sebagai platform yang terbuka dan selamat untuk semua. Kami akan terus menilai dan mengemas kini maklumat ini mengikut keperluan, jadi sila semak semula dengan kerap. Bergantung pada produk atau ciri Spotify yang anda guna, anda mungkin dikenakan syarat tambahan.
Pernahkah anda menemukan masalah dengan apa-apa kandungan di Spotify? Jika ya, sila maklumkan kepada kami dengan melaporkan perkara tersebut di sini .